Saturday 1 October 2011

Cermin.

Pernah tak kita fikir kenapa manusia pandang rendah dekat kita? Kenapa manusia tak pernah respect kat kita? Kenapa manusia selalu menyalahkan kita dalam setiap satu situasi yang berlaku? Kenapa manusia selalu menghina kita?

Semua ini selalunya berlaku disebabkan kelakuan kita sendiri. Pernah tak kita menghormati org? Terutamanya ibu bapa kita? Pernah tak kita berbuat baik terhadap manusia sekeliling? Terutamanya keluarga kita? Pernah tak kita melebihkan keluarga sendiri daripada keluarga orang lain? Pernah tak kita menghancurkan hati dan perasaan orang yang dekat ataupun bertalian darah dengan kita kerana individu luar?

Kenapa perlu kita memaki hamun orang yang tidak menghormati kita hanya untuk mendapatkan rasa hormat itu tanpa kita menghormati orang lain dahulu? Kenapa perlu kita menginginkan orang untuk berbuat baik kepada kita sedangkan kita sendiri tak pernah berbuat baik terhadap sesiapa pun terutamanya keluarga kita? Kenapa perlu kita menagih simpati orang atas kesilapan yang pernah kita lakukan sendiri?

Semua orang ingin dihormati, semua orang ingin dikasihi, terutamanya daripada ahli keluarga sendiri. Tapi pernah tak terlintas di fikiran kita kalau-kalau manusia sekeliling tidak menghormati kita kerana perangai kita sendiri? Yang tak pernah hormat mak bapak sendiri, yang selalu melakukan maksiat, yang selalu berbohong, yang selalu mencuri, yang selalu melebih-lebihkan orang lain dan yang selalu menconteng arang ke muka ibu bapa sendiri?

MANUSIA MACAM INIKAH YANG HARUS KITA HORMAT? MANUSIA MACAM INIKAH YANG HARUS KITA BELA? MANUSIA MACAM INIKAH YANG PERLU KITA SANJUNG? MANUSIA MACAM INIKAH YANG HARUS KITA MENANGKAN? MANUSIA MACAM INIKAH?

Manusia yang selama ini selalu menjatuhkan maruah orang sekeliling terutamanya mak bapak sendiri, manusia yang tak pernah letih bercakap bohong untuk kesenangan sendiri, manusia yang selalu lupa akan ibu bapa dan adik beradik apabila berada di atas.

Perkataan Maaf. Perkataan itu boleh disebut oleh sesiapa sahaja tidak kira umur. Perkataan itu tidak semestinya harus digunakan oleh anak-anak kecil kepada si tua. Perlukan anak-anak kecil meminta maaf kepada si tua walaupun kesalahan itu bermula daripada si tua? Agung sangatkah si tua yang meminta maaf kepada anak-anak kecil ATAS KESALAHANNYA SENDIRI? Di atas muka bumi ini, tiada satu prinsip pun yang mengatakan bahawa perkataan maaf hanya patut digunakan oleh anak-anak kecil kepada si tua, tetapi bukan daripada si tua kepada anak-anak kecil. Tetapi, ada prinsip yang mengatakan bahawasenya, perkataan maaf ini seharusnya digunakan oleh sesiapa sahaja kepada sesiapa saja, tidak kira umur, bangsa mahupun status jika kita yang melakukan kesilapan.

'The way you treat others, is the way the others treat you back.' Itulah pepatah yang mengatakan, kita semua ibarat pelakon dan menonton adalah manusia sekeliling. Perangai yang kita amalkan, setiap perkara hina yang kita lakukan, semestinya akan ditonton oleh semua warganegara. Dan melalui situlah, manusia itu dilayan. Ibarat cermin. Apa yang kita pantulkan, itulah yang kita dapat.

Jangan sesekali salahkan orang lain sekiranya kita tidak dihormati, tidak dilayan sempurna, tetapi cerminlah diri sendiri agar kita tahu sebab musabab kita dilayan begitu. Mungkin kita memang layak dilayan begitu? Atau sebaliknya?

Sememangnya yang tua harus dihormati, tetapi wajarkah anak-anak kecil menghormati si tua yang daripada kecil tidak pernah putus daripada melakukan kesilapan? Yang daripada kecil tidak pernah putus berbuat maksiat? Yang daripada kecil tidak pernah putus menconteng arang ke muka ibu bapanya sendiri? Yang daripada kecil tidak pernah sekali bertutur dengan bahasa yang menawan? Yang daripada dia baligh, tidak pernah sempurna solatnya?

Ini bukan untuk menghina, mencaci, tetapi untuk kita berfikir sama-sama.

No comments:

Post a Comment